Ahad, 30 Disember 2007

Proton - Beli Kalau Berani


Maksud saya saham Proton, bukan keretanya.


Sejak pengumuman dibuat bahawa rundingan antara Proton dan Volkswagen dihentikan, harga Proton telah jatuh mendadak di sekitar 3.70 di akhir tahun. Namun begitu dengan model terbaru Persona, jualan pada suku terakhir 2007 telah bertambah. Perkhidmatan yang diberikan di Pusat Servis juga lebih baik sekarang ini, walaupun masih boleh diperbaiki. Selain itu, model baru menggantikan Iswara dirancang untuk 2008 dan model MPV dijangka keluar pada 2009. Selain itu, masih ada kemungkinan Proton mendapat rakan strategik asing apabila kedudukannya sudah mula kukuh.

Aset Ketara Bersih (Net Tangible Asset) Proton ialah lebih RM9.00. Nampak seperti saham Proton 'undervalued' dan berpotensi naik jika mereka boleh mencatatkan untung pada suku terakhir 2007 dan tahun kewangan 2008. Bagaimanapun, risiko membeli saham Proton agak tinggi. Kalau jualan Persona mula mendatar dan Proton gagal mencatat untung pada 2008, maka kemungkinan besar harga saham boleh jatuh lagi daripada tahap semasa. Beli kalau berani!

0 ulasan: