Ahad, 9 Disember 2007
Pindahkan Wang Dari PayPal ke Kad Debit/Kredit
Baru-baru ini, Paypal telah membenarkan pengguna kad kredit dan dan kad debit Malaysia untuk memindahkan wang mereka dalam Paypal ke kad kredit dan kad debit di Malaysia. Ini satu perkembangan yang amat penting kepada para peniaga Internet kerana mereka tidak perlu lagi membuka Akaun Bank di Singapura. Namun setakat ini hanya kad Visa dibenarkan. Saya sendiri telah mencuba menggunakan kad kredit Maybank Visa dan urus niaga tersebut dibenarkan, walaupun baki dalam kad kredit saya ialah baki negatif (bank hutang saya, bukan saya hutang bank). Persoalannya sekarang ialah bolehkah baki ini dipindahkan ke akaun bank saya tanpa perlu mengeluarkan wang menerusi ATM, yang dikenakan caj yang agak mahal. Saya akan menulis di Blog apabila mendapat penjelasan lanjut daripada bank.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan