Khamis, 27 September 2007

SC Naikkan Yuran Minimum Saham

Baru-baru ini, yuran urus niaga minimum bagi jual beli saham telah dinaikkan kepada RM40 daripada RM12 sebelum ini. Jadi yuran sekarang ialah RM40 atau 0.7%, yang mana lebih tinggi. Yuran ini membuatkan urus niaga kecil tidak lagi berbaloi. Sebagai contoh, jika kita beli satu lot saham (sekarang satu lot ialah 100 saham) berharga RM1.00, yuran urus niaga ialah RM40, atau 40%. Jika kita beli sepuluh lot atau 1,000 saham, yuran urus niaga masih RM40, atau bersamaan 4%. Jika kita beli seratus lot atau 10,000 saham, yurannya ialah 0.7% atau RM70. Jadi kita perlu menjalankan urus niaga bernilai lebih RM5,700 untuk mendapat yuran paling rendah pada kadar 0.07%. Sebagai pelabur kecil, lebih baik kumpul duit dulu sehingga ada sekurang-kurangnya RM2,000 sebelum melaksanakan urus niaga. Kalau tidak, lebih murah untuk membeli unit amanah yang yurannya antara 3% - 7% dan dibayar hanya semasa beli.

0 ulasan: