Pada 29 Julai lepas, saya telah menghadiri kursus perniagaan Internet kendalian Irfan Khairi. Worksyop tersebut memang amat berguna. Harganya ialah RM790 tetapi nilainya pada saya lebih daripada itu. Bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan, memang patut pergi kerana kita tidak boleh lagi mengabaikan Internet sebagai saluran perniagaan. Pada pendapat saya, kursus ini jauh lebih berharga daripada beberapa subjek dalam pengajian MBA yang baru saya selesaikan.
Justeru bagi rakan-rakan saya yang mahu berjinak dalam dunia perniagaan, ataupun yang sudah ada perniagaan tetapi belum lagi menggunakan saluran Internet sebagai kaedah pemasaran, saya cadangkan untuk menghadiri Worksyop Irfan Khairi.
Selasa, 14 Ogos 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan