Semalam, saya menghadiri majlis makan malam VI Old Boys (VIOBA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Apa nak buat, nak kembangkan perniagaan kenalah jumpa-jumpa orang. Merasa jugalah makan kat Pusat Konvensyen. Pada mulanya apabila dapat kad pendaftaran, terkejut juga, sebab pakaiannya jaket dan tali leher. Bagi pengusaha perniagaan sangat kecil seperti saya, yang bekerja dari 'home office', ini memang satu masalah besar. Manalah pandai pakai-pakai formal macam tu. Jaket pun tak ada. Blazer lama ada, tapi tak sesuai. Jadi kenalah pergi beli. Lagipun, rasanya ada beberapa lagi majlis yang perlu saya hadiri, jadi tak rugilah kalau beli. Pergi ke beberapa tempat di Mid Valley, cuba jaket mahal, tapi satu pun tak sesuai dengan badan. Hampir 'give up' dan pinjam jaket adik, tapi akhirnya kat Kamdar ada. Memang murah, hanya RM79. Campur dengan seluar, hanya lebih kurang RM120. Mungkin orang kata 'cheap skate' tapi apa nak buat dah cuba yang mahal tapi tak sesuai. Tapi lepas pakai memang ok. Tak sangka boleh dapat bargain macam ni.
Di Majlis tu pun, ramai orang kenamaan dan bintang perniagaan hadir. Walaupun makanan gourmet yang dihidangkan langusng tak kena dengan selera, tapi memang berbaloi menghadiri majlis. Diharapkan tahun depan penganjur hidang makanan Cina ke Melayu ke India tak kisah, asal jangan makanan gourmet yang nampak cantik tapi rasa tak sedap (pada pendapat saya).
Ahad, 8 Julai 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Tuan Razala Razman,
Jika tahun depan masih ada majlis seperti itu lagi dan jika saiz badan tuan seperti saya maka saya syorkan sewa baju saya sahaja ahaks!
sekebetulan saya mempunyai beberapa koleksi pakaian formal dan kasual tetapi kebanyakkannya adalah jenis fit yang sesuai dengan saiz badan Asia seperti saya. Yang penting bukan harga mahal atau murah tetapi kesesuaian pada tubuh badan. Seperti kata pepatah "ukur baju di badan sendiri".
Catat Ulasan