Ahad, 24 Ogos 2008
Rencana Razali bertukar kepada Risalah Labur Niaga
Keputusan ini dibuat sebagai persediaan kepada produk baru yang akan diterbitkan menjelang ahir tahun ini. Diharapkan pembaca boleh mengunjungi laman web baru ini.
Terima Kasih
Sabtu, 21 Jun 2008
Kenaikan Harga Minyak - Susah Sendiri atau Susahkan Anak Cucu Kita
Ramai yang marah tentang kenaikan harga minyak yang dibuat baru-baru ini. Kenaikan ini dianggap terlalu besar lebih-lebih lagi kerana
Pendapat saya begitu jauh daripada majoriti. Naikkan harga minyak kepada harga pasaran, walaupun perit. Kalau nak protes, kita boleh protes mengapa Kerajaan tak sediakan pengangkutan awam yang baik, mengapa beri monopoli NGV kepada Petronas, apa sebabnya tak sediakan lebih banyak stesen NGV, kenapa tak beri pelepasan cukai kepada kereta hibrid elektrik, kenapa tak galakkan pengeluaran kereta elektrik oleh mana-mana pengeluar dengan memberikan insentif yang sewajarnya. Malah banyak perkara yang tidak diuruskan dengan baik oleh Kerajaan. Tetapi demi kebaikan generasi masa depan, kita TIDAK BOLEH MENERIMA SUBSIDI UNTUK MEMBAKAR HIDROKARBON DI UDARA. Selagi kita menerima subsidi, selagi itulah kita tidak akan mengambil langkah terdesak untuk mengurangkan penggunaan minyak. Minta maaf kerana pendapat saya nyata berbeza daripada sebahagian besar rakyat
Sabtu, 22 Mac 2008
Peluang Dalam Kegawatan
Selasa, 12 Februari 2008
ETF Patuh Syariah Dilancarkan
Ahad, 30 Disember 2007
Proton - Beli Kalau Berani
Maksud saya saham Proton, bukan keretanya.
Sejak pengumuman dibuat bahawa rundingan antara Proton dan Volkswagen dihentikan, harga Proton telah jatuh mendadak di sekitar 3.70 di akhir tahun. Namun begitu dengan model terbaru Persona, jualan pada suku terakhir 2007 telah bertambah. Perkhidmatan yang diberikan di Pusat Servis juga lebih baik sekarang ini, walaupun masih boleh diperbaiki. Selain itu, model baru menggantikan Iswara dirancang untuk 2008 dan model MPV dijangka keluar pada 2009. Selain itu, masih ada kemungkinan Proton mendapat rakan strategik asing apabila kedudukannya sudah mula kukuh.
Aset Ketara Bersih (Net Tangible Asset) Proton ialah lebih RM9.00. Nampak seperti saham Proton 'undervalued' dan berpotensi naik jika mereka boleh mencatatkan untung pada suku terakhir 2007 dan tahun kewangan 2008. Bagaimanapun, risiko membeli saham Proton agak tinggi. Kalau jualan Persona mula mendatar dan Proton gagal mencatat untung pada 2008, maka kemungkinan besar harga saham boleh jatuh lagi daripada tahap semasa. Beli kalau berani!
Ahad, 9 Disember 2007
Pindahkan Wang Dari PayPal ke Kad Debit/Kredit
Ahad, 28 Oktober 2007
Tukang Telek Pasaran
Isnin, 8 Oktober 2007
Skim Penyelidikan Percuma Bursa Malaysia
Jika anda memang tak ada masa untuk menilai sendiri secara kuantitatif prestasi saham sesebuah syarikat, maka gunakanlah analisis oleh firma penganalisis untuk membuat penilaian. Tetapi jangan percaya bulat-bulat cadangan mereka. Menurut Burton Malkiel (penulis A Random Walk Down Wall Street), cadangan yang dibuat oleh penganalisis tidak semestinya tepat dan berasaskan kajiannya tidak mencatatkan tahap kejituan yang konsisten. Namun, bagi kita, bukan cadangan beli atau jual yang penting tetapi analisis yang dibuat. Ini kerana kita boleh mendapakan beberapa analisis seperti ini dan kemudian membuat keputusan sendiri sama ada saham tersebut harus dibeli.
Khamis, 27 September 2007
SC Naikkan Yuran Minimum Saham
Khamis, 6 September 2007
Menilai Dana Anda
Jumaat, 17 Ogos 2007
Prestasi Pengurus Dana Profesional
Sebenarnya dalam tempoh lima tahun lepas, prestasi pasaran saham telah naik dengan mendadak. Justeru banyak dana yang memberikan pulangan agak lumayan kepada pelabur. Tetapi ramai pelabur yang tidak begitu fasih tentang kewangan. Pada mereka, jika dana itu memberikan mereka pulangan 80% dalam tempoh lima tahun, mereka sungguh gembira. Namun mereka tidak sedar bahawa untuk menilai pengurus dana, mereka perlu menilai prestasi berbanding dengan prestasi tanda aras (benchmark), dan bagi kebanyakan dana ekuiti, tanda arasnya ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur.
Maka saya pun membuat satu penyelidikan ringkas tidak saintifk. Saya meninjau prestasi dana yang disenaraikan dalam Jadual Dana Morning Star yang disiarkan di The Edge pada 9 Ogos. Keputusannya sungguh memeranjatkan. Dana Indeks (Dana yang menjejak sesuatu Indeks di mana pengurusnya tidak cuba mengatasi pasaran, tetapi hanya mencerminkan prestasi Indeks pasaran, dan mengenakan yuran yang rendah) OSK KLCI Tracker mencatatkan pulangan 116% dalam tempoh 5 tahun. Ini tidak menghairankan kerana indeks memang telah naik mendadak dalam tempoh 5 tahun lepas. Tetapi perkara yang memeranjatkan ialah di kalangan 44 dana ekuiti biasa (tiada pengkhususan sektor), hanya 5 yang mengatasi prestasi OSK KLCI Tracker. Ini bermaka hanya 5 pengurus dana yang memberikan 'value added'. Justeru, melainkan anda benar-benar yakin tentang kecemerlangan pengurus dana tertentu, lebih baik melabur dalam dana pasif yang menjejak prestasi indeks pasaran.
Satu perkara yang perlu diingat ialah bukan semua dana indeks menjejak prestasi indeks. Ada dana yang namanya saja dana indeks, tetapi ia diuruskan secara aktif (pengurus dana melakukan market timing untuk mengatasi pasaran dan mengenakan yuran tinggi). OSK KLCI Tracker ialah satu-satunya dana pasif di pasaran. Dana Indeks lain diuruskan secara aktif. Lihatlah kesannya, semua dana indeks lain ketinggalan di belakang.
Satu lagi cara untuk melabur dalam indeks ialah menerusi Exchange Traded Fund. Justeru kesimpulan yang boleh saya buat ialah berhati-hati apabila memilih dana, kerana hanya segelintir yang cemerlang sahaja yang mampu mengatasi pasaran. Selain itu, prestasi masa lalu tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk meramalkan prestasi masa depan.
Selasa, 14 Ogos 2007
Kejatuhan Saham: Masalah "Subprime Mortgage" - Apakah Maksudnya?
Worksyop Irfan Khairi
Justeru bagi rakan-rakan saya yang mahu berjinak dalam dunia perniagaan, ataupun yang sudah ada perniagaan tetapi belum lagi menggunakan saluran Internet sebagai kaedah pemasaran, saya cadangkan untuk menghadiri Worksyop Irfan Khairi.
Ahad, 8 Julai 2007
Majlis Makan Malam VI Old Boys
Di Majlis tu pun, ramai orang kenamaan dan bintang perniagaan hadir. Walaupun makanan gourmet yang dihidangkan langusng tak kena dengan selera, tapi memang berbaloi menghadiri majlis. Diharapkan tahun depan penganjur hidang makanan Cina ke Melayu ke India tak kisah, asal jangan makanan gourmet yang nampak cantik tapi rasa tak sedap (pada pendapat saya).